Kolej Teknologi
Cosmopoint telah mula beroperasi sejak tahun 1991 yang menawarkan program yang
memenuhi kehendak dan keperluan terkini. Kolej Cosmopoint telah berkembang ke 14 buah kampus
metro di bandar-bandar utama di seluruh negeri iaitu Klang, Melaka, Seremban,
Johor Bahru, Sungai Petani, Ipoh, Muar, Kuantan, Pulau Pinang, Kuala
Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu. Kampus-kampus ini dilengkapi dengan
prasarana moden dan terkini.
Kolej Cosmopoint Kota Kinabalu telah mula bertapak di Sabah sejak 10 tahun lalu dengan menawarkan kursus-kursus diploma dalam bidang Perniagaan dan Teknologi Maklumat. Kini Cosmopoint Kota Kinabalu telah mula berkembang dan menawarkan program-program dalam bidang Perniagaan & Pengurusan, Kejuruteraan & Teknologi Maklumat, Hospitaliti & Pelancongan, Pengajian Media, Seni Lukis & Seni Reka, Persekitaran Binaan dan Sains Kesihatan.
Cosmopoint menekankan keseimbangan dari segi praktikal, teori dan pendedahan dalam dunia pekerjaan sebenar bagi pemahaman pelajar. Ia juga memberi jaminan laluan ke peringkat ijazah di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Dengan jumlah pelajar yang mencecah 10,000 orang di seluruh negara, lebih 96% daripada graduan Cosmopoint menjadi rebutan para majikan. Diharap pelajar dapat merealisasikan impian masa depan bersama Cosmopoint.
Kolej Teknologi Cosmopoint Sabah mempunyai dua cawangan iaitu:
Kampus
Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint Kota Kinabalu
Level
4, Menara MAA, No.6, Lorong Api-Api 1,
88300
Kota Kinabalu, Sabah.
Kampus
Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint Kota Kinabalu
Wisma
Times, No.2, 1km, Jalan Tuaran Bypass,
88450
Kota Kinabalu, Sabah.